Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.
Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat
kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur
panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini
utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap
50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk
malu
Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman
2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara
kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen
sgt besar ertinya.
Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu.
Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita
akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah
sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah,
limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka
semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
No comments:
Post a Comment