Wednesday, 18 December 2013

KEISTIMEWAAN PENGHAFAZ AL-QURAN

Manusia menTAKBIR , Allah menTAKDIR

Jangan bersedih sekiranya apa yang kita rancang tidak menjadi seperti yang diinginkan.Kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Itu adalah QADA' dan QADAR iaitu ketentuan Allah.
Qada' ialah pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali.Qadar ialah ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluknya.Contohnya ialah seperti AJAL MAUT , JODOH PERTEMUAN , REZEKI , HARTA BENDA ,KEKAYAAN , KEMISKINAN , KEBAHAGIAAN,semuanya adalah ketentuan Allah.Sesungguhnya Allah tahu apa yang TERBAIK untuk kita.

@ RASULULLAH JUNJUNGAN KAMI1 FACEBOOK/BLOG

WUDUK

KENAPA PERLU BERWUDUK

Kerana anggota wuduk itu adalah anggota yang paling derhaka kepada Allah.

HIKMAH TIDUR DALAM KEADAAN BERWUDUK

Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk.Disisi Allah mereka adalah orang yang SYAHID.Kalau tak berwuduk pun,pakailah wangian ketika tidur.Jangan tidur selagi tidak berwuduk atau memakai wangian.Wangian yang paling bagus untuk tidak diganggu jin adalah MINYAK WANGI KASTURI HITAM.Kerana Jin tidak suka dengan wangian itu.

TAZKIRAH @ MASJID BANDAR DIRAJA

BY : RASULULLAH JUNJUNGAN KAMI @ FACEBOOK / BLOGGER

Sunday, 24 November 2013

Nasihat - Ebit Lew

Seorang ayah mengadu mula risau anak-anak yang mula menipu, curi duit, tengok cerita lucah dan lain-lain. Bila tegur melawan dan bermasam muka sepanjang hari. Dia kata dia dah buat macam-macam dan beri pelbagai nasihat.

Saya cadangkan dia mulakan kumpulkan keluarga baca hadis di rumah selama 20 minit dan dakwah iman setiap hari di rumahnya. Saya kata peringkat awal mulakan dengan 10 minit dulu. Saya cadangkan kitab muntakhab hadis penuh hadis tentang kepentingan amalan dan nilainya bukan hukum hakam. Susunan Syeikh Saad al-khandahlawi dan kisah para sahabah oleh Maulana Zakariyya . Dalam itu ada banyak bahagian. Baca setiap bahagian.

Dia mulakan. Setelah seminggu istiqamah selepas setiap 9.30 malam sampai 10 malam. Anaknya yang berumur 15 tahun yang banyak masalah tadi mula berubah. Katanya sekarang anaknya suka dengar cerita sahabah.

Isterinya pun mula bangun tahajud. Anaknya ingin ikut beliau Subuh di masjid. Dalam beberapa minggu kesan begitu besar. Dia kata betullah, besar kesan baca hadis nilai dan kepentingan amalan.

Dengan hidup istiqamah setiap hari bacaan hadis, belajar dakwah, belajar ilmu dengan ulama mursyid, kasih sayang, berkorban untuk agama. Kita akan lihat kesan dan nikmatnya agama.

Kasihan anak-anak kita mereka kehilangan nur Al-Quran dan Hadis.Kita boleh kumpul keluarga makan sekali. Tidur sekali. Jalan sekali. Tapi tidak boleh untuk dengar perkataan Allah dan perkataan Nabi saw.

Allah nak mudahkan, berkatkan, beri bahagia, penyelesaian segalanya dengan amalan Islam dan dakwah ini. Tapi kita anggap ini semua beban. Kasihannya kita. Kita pilih untuk tidak bawa sunnah dan mula baca hadis dalam rumahtangga kita.

Jika tidak mulakan hari ini, bila lagi....Anak kecil diazankan, walaupun mereka tak faham. Itulah nur perkataan Allah dan Nur perkataan Nabi saw.

Kasihanlah diri,isteri dan anak-anak......istiqamahlah setiap hari baca hadis Nabi saw dalam rumahtangga kita..


-EBIT LEW

Mujahideen & Muttaqeen