Saturday, 30 March 2013

Amalan yang MULIA

Amalan mulia yang dipraktikkan oleh Rasulullah semuanya bersumber dari Al-Quran.Amalan mulia ini telah membentuk karakter yang tersendiri pada diri Rasulullah dan memberi pengaruh besar dalam kehidupan sosial baginda.

Saiyidatina Aisyah pernah ditanya orang tentang akhlak Rasulullah.

Aisyah kembali menyoal :

"Pernahkah kamu membaca Al-Quran?"

"Pernah."jawab orang itu.

Aisyah melanjutkan jawapannya,

"Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran".

Apabila akhlak Rasulullah bersumber daripada Al-Quran,maka sifat rendah hati yang memancar daripada diri baginda juga berasal dari Al-Quran.

Rasulullah adalah manusia yang dermawan.Hatinya lembut dan tindak-tanduknya sopan.Baginda ramah terhadap keluarganya.Orang yang baru mengenalinya berasa gerun kerana kewibawaannya,namun setelah lama bersamanya mereka akan mencintainya.

Sifat-sifat mulia pada diri baginda dirasai oleh isteri-isteri baginda sehingga mempengaruhi keperibadian mereka.Mereka turut menghiasi diri dengan akhlak mulia seperti merendah hati dan tidak suka sombong.

Dalam kitab Tahdzib al-Akhlak, Ibnu Maskawaih berkata, "Orang yang pandai dan terhormat seharusnya terhindar daripada sifat takbur dan bangga diri.Ada sebuah kisah tentang seorang pengusaha membanggakan diri di hadapan seorang hamba sahaya yang pandai.Melihat hal ini,hamba sahaya tersebut berkata,

"Apabila kamu bangga dengan kuda yang kamu miliki,yang kamu banggakan itu milik kuda dan bukan milik kamu.Apabila kamu bangga dengan bajumu,maka yang bagus adalah bajumu bukan dirimu.Dan apabila kamu bangga dengan kehormatan nenek moyangmu,maka kehormatan itu adalah milik mereka dan bukan milikmu."

Buku - INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH
- ABDUL MUN'IM AL-HASYIMI
- INTEAM PUBLISHING

No comments:

Post a Comment